Metode dakwah JHEAINS dan penerimaannya dalam konteks penyampaian ilmu terhadap masyarakat Islam Kadazandusun di Papar Sabah

Ismail, Mohd Hafizullah and Ismail, Mohd Khairul Anuar and Ismail, Nik Abdul Aziz and Burhan, Nur Izzatul Husna (2018) Metode dakwah JHEAINS dan penerimaannya dalam konteks penyampaian ilmu terhadap masyarakat Islam Kadazandusun di Papar Sabah. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.1: 11. pp. 68-75. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Malaysia sebuah Negara unik yang mempunyai pelbagai etnik antaranya etnik Kadazandusun. Kepelbagaian ini menyebabkan para pendakwah perlu bijak memilih metode yang sesuai bagi melaksanakan dakwah dan memahami sejauhmana penerimaan penyampaian dakwahnya. Manakala Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah merupakan badan yang bertanggungjawab memastikan dakwah berjaya. Bertepatan dengan itu sebuah kajian bertajuk metode dakwah JHEAINS dan penerimaannya dalam konteks penyampaian ilmu terhadap masyarakat Islam Kadazandusun di Papar Sabah dilaksanakan bertujuan mengetahui metode dakwah JHEAINS dan menganalisis penerimaannya dalam konteks penyampaian ilmu. Kajian ini dijalankan melalui kajian perpustakaan, temubual dan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan JHEAINS telah menjalankan beberapa pendekatan yang baik dan responden dalam kalangan Kadazandusun bersetuju menerima pendekatan dakwah JHEAINS dalam konteks penyampaian ilmu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131426.pdf]
Text
131426.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics