Sifat keterbukaan orang Melayu: satu sorotan sejarah di Malaysia

Mohamad, Ayu Nor Azilah and Haniffa, Mohamed Ali and Mohamad, Wayu Nor Asikin (2018) Sifat keterbukaan orang Melayu: satu sorotan sejarah di Malaysia. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.1: 9. pp. 57-61. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Artikel ini membincangkan tentang sifat terbuka orang Melayu dalam pembinaan tamadun Melayu di Malaysia. Persoalan yang difokuskan ialah dengan melihat beberapa perkara yang menyerlahkan sifat terbuka orang Melayu. Antara interaksi awal dalam pembinaan hubungan masyarakat majmuk di Malaysia ialah berkaitan dengan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kontrak sosial, Perkara 153, dan termasuk juga pengamalan agama masing-masing. Kupasan tentang perkara ini akan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa keterbukaan orang Melayu berjaya mewujudkan masyarakat majmuk, mengharmonikan hubungan antara pelbagai etnik dan mensejahterakan kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Sejarah ini penting untuk diketahui dan dihargai oleh warganegara demi merancakkan pembangunan ekonomi serta menstabilkan politik Malaysia hari ini dan akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131424.pdf]
Text
131424.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics