Bubu naga sekat rezeki nelayan tradisional

Abd Rahim, Muhammad Faiz and Abdullah, Muhammad Irman Fazley and Hakim, Muhammad Rusli and Mas Shamsudin, Nur Farah Adibah and Kamaruddin, Sharir Aizat and Mohd Jais, Alya Balqis and Zainal Abidin, Zikry Hakim (2025) Bubu naga sekat rezeki nelayan tradisional. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Industri perikanan merupakan sektor ekonomi penting bagi kebanyakan komuniti nelayan yang tinggal di pesisiran pantai di Malaysia. Di dalam industri ini, terdapat pelbagai kaedah penangkapan ikan, termasuk penggunaan jaring, pukat, dan bubu. Bubu naga, yang kini semakin popular, adalah sejenis perangkap ikan yang direka bentuk untuk menangkap hidupan laut dalam jumlah yang besar, menjadikannya pilihan yang menarik bagi nelayan komersial. lanya selalu digunakan untuk menangkap atau menjebak ikan yang ada di sungai, laut, muara, dan Iain-Iain. Walau bagaimanapun, kehadirannya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan nelayan tradisional kerana ia boleh menjejaskan hasil tangkapan mereka (Bubu Naga Perosak Ekosistem Laut Dirampas Maritim Malaysia, 2024). Sikap tamak individu yang menggunakan bubu naga untuk menangkap ikan bukan sahaja merosakkan ekosistem marin tetapi juga mempunyai implikasi negatif terhadap usaha mencapai sifar kemiskinan dan kelaparan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131416.pdf]
Text
131416.pdf
Download (471kB)
Indexing & Metrics