Transformasi kehidupan asnaf: peranan komuniti dan institusi

Hussin, Siti Fatimah and Kamruddin, Sharir Aizat and Jumin, Mohd Al Faiz and Saiful Bahri, Balqis and Mat Nazir, Eliy Nazira (2025) Transformasi kehidupan asnaf: peranan komuniti dan institusi. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Asnaf merupakan golongan dalam masyarakat yang layak menerima zakat, terdiri daripada individu dan keluarga yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan bantuan untuk memenuhi keperluan asas mereka. Asnaf merangkumi lapan kategori yang telah ditetapkan, termasuk fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah, dan Ibnu Sabil. Golongan ini sering kali terperangkap dalam kitaran kemiskinan yang sukar untuk dipecahkan tanpa sokongan dan bantuan yang sewajarnya (Nor Asmira Mat Jusoh et al., 2022).
Hari ini isu kemiskinan masih menjadi cabaran besar oleh banyak golongan asnaf kerana kepesatan yang dihadapi. Akses yang terhad dalam kehidupan telah menyekat kelangsungan mereka dalam meneruskan hidup sehingga berlaku perkara-perkara negatif seperti, merompak, membunuh, dadah dan sebagainya. Namun, di sebalik kesukaran ini, terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh komuniti dan institusi untuk membantu golongan asnaf keluar dari kemiskinan yang dihadapi (Sim, 2022).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131331.pdf]
Text
131331.pdf
Download (649kB)
Indexing & Metrics