Pisang

Abdullah, Nurmuslimah Kamilah and Abdullah, Nur Solihah Khadhiah and Sulong @ A. Rashid, Ruzaidah and Azlan, Nik Noor Afizah and Ali, Noor Malinjasari and Muhammad Rhodri Harahap, Afif Zuhri (2025) Pisang. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Melihat dua sikat pisang Abu di dapur yang belum masak, terdetik di hati tentang banyaknya nikmat yang Allah kumiakan kepada kita semua. Pisang Abu ini sedap direbus, digoreng bersama tepung, digoreng kosong sahaja, atau dijadikan pengat. Sebelum tandan pisang Abu ini ditebang, pada minggu sebelumnya kami telah direzekikan dengan pisang Mas Sgore, yang dibawa oleh ibu, ayah dan adik-adik dari kampung. Pisang Mas Sgore, walaupun banyak bijinya, namun apabila dijadikan cekodok pisang, sungguh sedap sekali. Cukup sekadar mengadunkan tepung gandum, tepung penaik, dan serbuk soda sudah cukup sedap tanpa perlu menambah gula. Anak-anak pun suka menikmatinya. Selain daripada pisang Mas Sgore, pisang Putar juga sedap dibuat cekodok. Baru bercerita tentang tiga jenis pisang ini pun, sudah terlalu banyak nikmat yang dapat digambarkan. “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (Ar-Rahman: 13).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131020.pdf]
Text
131020.pdf
Download (374kB)
Indexing & Metrics