Analisa hak pendidikan wanita menerusi tiga buah karya

Kamaruddin, Siti Faridah and Abang Abdul Rahman, Dayang Hummida (2025) Analisa hak pendidikan wanita menerusi tiga buah karya. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Penglibatan kaum wanita dalam institusi pengajian tinggi tidak dapat disangkal lagi pada era Malaysia yang sedang membangun ini. Ini dapat dibuktikan dari segi bilangan 18,250 orang pensyarah wanita (57.7%) berbanding 13,381 orang pensyarah lelaki (42.3%) pada tahun 2023 di semua universiti di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Agensi Statistik Negara Malaysia (DOSM). Bukan sahaja dari segi bilangan pensyarah, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh pejabat Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM Kampus Mukah, bilangan kemasukan pelajar ke UiTM Kampus Mukah pada semester Oktober 2025 – Februari 2026 turut merekodkan seramai 366 mahasiswi (71.6%) telah mendaftarkan diri berbanding 145 orang mahasiswa (28.4%). Data ini jelas membuktikan bahawa penglibatan wanita di peringkat pengajian tinggi semakin dominan berbanding lelaki. Fenomena ini menggambarkan peningkatan peranan wanita dalam bidang akademik, sekali gus menunjukkan sumbangan besar mereka terhadap pembangunan ilmu dan kemajuan negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130783.pdf]
Text
130783.pdf
Download (616kB)
Indexing & Metrics