Buli di tempat kerja: isu psikologi dan organisasi

Omar Mokhtar, Muhammad Yasin and Kamal Basir, Mohd Zuhaili and Ariffin, Muhammad Shahimi (2025) Buli di tempat kerja: isu psikologi dan organisasi. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Buli di tempat kerja merujuk kepada tingkah laku negatif yang berulang dan dilakukan oleh individu atau kumpulan terhadap seseorang pekerja dengan tujuan untuk mendominasi, mengawal, atau merendahkan mangsa. Dari segi bahasa, istilah ‘buli’ sering difahami sebagai tindakan menekan atau menyakiti pihak yang lemah. Namun, dari perspektif psikologi, buli ditakrifkan sebagai tingkah laku agresif yang sistematik dan berulang serta dicirikan oleh ketidakseimbangan kuasa, sama ada dalam bentuk kata-kata, tindakan, atau tingkah laku pasif yang disengajakan (Einarsen et al., 2003). Definisi ini menegaskan bahawa buli bukan sekadar konflik harian, tetapi merupakan corak interaksi negatif yang berterusan dan memberi kesan ketara terhadap kesejahteraan psikologi mangsa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130774.pdf]
Text
130774.pdf
Download (555kB)
Indexing & Metrics