Perniagaan produk tebaloi: usaha memelihara tradisi dan warisan

Jamadin, Nurnazirah (2024) Perniagaan produk tebaloi: usaha memelihara tradisi dan warisan. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Tebaloi merupakan biskut tradisional masyarakat Melanau di Sarawak, telah lama menjadi salah satu lambang kekayaan budaya dan warisan kulinari yang unik di Malaysia, lanya dibuat daripada campuran tepung sagu, kelapa parut, gula, dan bahan-bahan asas yang lain seperti mentega dan telur. Tebaloi mempunyai tekstur yang rangup dan rasa yang manis, menjadikannya kegemaran ramai terutama di kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara yang mengunjungi Sarawak. Namun di sebalik popularitinya, perniagaan tebaloi menghadapi cabaran tersendiri dalam era moden ini. Artikel ini akan meneroka bagaimana perniagaan tebaloi berkembang, cabaran yang dihadapi, dan potensi besaryang boleh diterokai oleh para usahawan dalam usaha mengekalkan warisan ini, sambil memacu pertumbuhan ekonomi tempatan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130700.pdf]
Text
130700.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics