Abstract
Kemiskinan merupakan masalah sosial paling utama yang melanda dunia sejak sekian lama. Oleh kerana itulah “Pembasmian Kemiskinan” telah dijadikan sebagai Matlamat Pembangunan Lestari 1 oleh Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu. Menurut Bank Dunia, pada tahun 2019, hampir 9.2 peratus, iaitu bersamaan 689 juta penduduk dunia tergolong dalam kumpulan Kemiskinan tegar merujuk kepada memperoleh pendapatan kurang daripada RM1.90 sehari. Peningkatan kadar inflasi telah menyebabkan seramai 71 juta penduduk negara - negara membangun terjerumus ke dalam kancah kemiskinan sejak Mac 2022. Kemiskinan boleh didefinisikan sebagai seseorang tidak memperoleh pendapatan yang dapat memenuhi keperluan asas yang utama, atau tidak mendapat makanan yang mempunyai zat yang diperlukan untuk kesihatan badan serta tidak dapat memenuhi dan mengekalkan kecekapan fizikal. Sejak merdeka hingga kini, isu pembasmian kemiskinan masih lagi menjadi agenda utama dalam setiap dasar serta hala tuju Malaysia, sama ada dalam pelan jangka pendek mahupun jangka panjang.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Fauzi @ Mat Rawi, Fauziana fauziana@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Mohd Zahari, Ahmad Suffian ahmadsuf@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Terengganu |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Faculty of Business and Management |
| Journal or Publication Title: | BizNewz |
| ISSN: | 2600 9811 |
| Keywords: | Kemiskinan, Dasar, Hala tuju Malaysia |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130485 |
