Basic photoshop workshop

Malim, Siti Nursarjana (2016) Basic photoshop workshop. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Bengkel selama satu hari yang dianjurkan oleh pihak ILD UiTM Sarawak, telah berlangsung dengan jayanya pada petang 17 Mei 2016 bertempat di Makmal Komputer C2002, Blok C, Kampus Samarahan 2. Bengkel ini terbuka untuk para pensyarah yang ingin meningkatkan pengetahuan masing-masing dalam bidang IT. Seramai 30 orang pensyarah telah mendaftar sebagai peserta bengkel ini. Sesi perkongsian dikendalikan oleh En. Adib Sarkawi dan beliau telah menunjukkan teknik asas penggunaan perisian Adobe Photoshop seperti layers, adjustments dan colour channels. Melalui bengkel ini, para peserta diberi tunjuk ajar secara hands-on untuk membolehkan penyampaian yang lebih berkesan. Kebanyakan peserta teruja apabila mereka berjaya mengedit wajah berjerawat menjadi wajah yang lebih bersih tanpa jerawat menggunakan gambar contoh yang disediakan sebagai latihan. Para peserta juga teruja apabila dapat melakukan kesan-kesan khas yang lain dalam menghasilkan poster di penghujung sesi bengkel.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130406.pdf]
Text
130406.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics