Program penggalakkan STEM 3: SMK Muara Tuang

Malim, Siti Nursarjana (2016) Program penggalakkan STEM 3: SMK Muara Tuang. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Pengisian seperti Bengkei Web Development dan Bengkel Multimedia Development merupakan acara utama program yang dijalankan selama 2 hari di Blok B, Kampus Samarahan 2. Melalui pengisian selama 2 hari ini, pihak Jabatan Sains Komputer telah berkongsi kepakaran masing-masing dalam bidang pembangunan web dan pembangunan multimedia bersamasama para peserta. Boleh dikatakan kesemua peserta memberi maklumbalas bahawa mereka berasa sangat gembira dan teruja kerana dapat belajar perkara baru di samping menambah ilmu pengetahuan dalam bidang IT. Cik Adeline Engkamat, Ketua Pusat Pengajian Sains Komputer dan Pengurusan Pelancongan juga melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih beliau terhadap sambutan dan penyertaan yang menggalakkan semasa beliau berucap pada majlis penutup program yang telah diadakan secara ringkas di Auditorium FSG, Blok B, Kampus Samarahan 2 pada 9 April 2016. Para peserta diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan pihak penganjur atas penglibatan dan komitmen yang ditunjukkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130398.pdf]
Text
130398.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics