Transkrip temubual bersama Encik Ishak bin Tukirin Askar Melayu di bumi Somalia

Zulkifli, Mohammad lzzat and Wan Zain, Wan Nabilah (2018) Transkrip temubual bersama Encik Ishak bin Tukirin Askar Melayu di bumi Somalia. [Oral History] (Unpublished)

Abstract

Encik Ishak Bin Tukirin atau numbor tenteranya 1070194. Seorang bekas anggota Angkalan Tentera Malaysia(ATM) yang berpangkat Pegawai Waran II sebelum bersara telah dipilih sebagai satu tokoh di dalam projek Sejarah Lisan (Oral History). Beliau berusia 49 tahun(2017) telah dilahirkan di Johar dan telah dibesarkan di Sabah. Beliau mempunyai seorang isteri dan tiga(3) orang cahaya mata. Pada tarikh 20 Julai 1986 beliau mu/a berkhidmat sebagai anggota tentera dan telah menamatkan karier beliau sebagai Pegawai Waran II sepanjang 25 tahun perkhidmatan beliau didalam bidang ketenteraan. Pelbagai pengalaman beliau yang dikongsikan ketika ditemu ramah. Unit pertama beliau adalah di unit 3 Rejimen Renjer Diraja'-Beliau telah terpilih untuk menyertai Operasi Somalia ketika beliau masih mempunyai baki cutinya. Beliau berasal dari unit 3 Rejimen Renjer Diraja namun te/ah di tumpangkan ke dalam 7 Rejimen Renjer Diraja dan antara tujuh orang yang terpilih dari lima ratus orang yang layak. Beliau telah menyerlai operasi di Somalia selama setahun dan mendapat elaun sebanayak seratus (100) dollar (mata wang) sebulan. Beliau juga berkongsi pengalaman semasa menyerlai Operasi Gubir dan Operasi Gerik. Operasi Gubir adalah salah satu operasi dimana mereka menjejaki peninggalan pengganas-pengganas di tanah air kita anlaranya komunis. Beberapa peringkat Operasi Gubir telah dilancarkan dan platun Encik Ishak telah terpilih untuk menyerlai operasi terse but pada tahun 1988. Operasi Gerik adalah salah satu operasi dimana mereka mengawal sempadan Malaysia-Thailand. Walaupun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan akan tetapi terdapat banyak peninggalan yang di tingglkan oleh musuh itu antaranya booby trap(jerangkap samar), bekas-bekas tempat perkemahan, bahan-bahan makan serta bahan-bahan letupan. Antara pencapaian dan penganugerah yang beliau perolehi adalah pangkat pertama iaitu Lans Kopera/ selama 3 tahun dan selepas itu beliau mendapat pangkat Kopera! selama 4 tahun. Seterusnya beliau mendapat pangkat sebagai Sarjan. Beliau memegang Jawatan Sarjan hanya selama 2 tahun dan selepas itu beliau memegang jawatan Staf Sarjan selama 2 tahun. Akhir sekali beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Waran II sehingga bersara. Antara sumbangan yang beliau telah lakukan adalah "jiwa murni ". "Jiwa murni" adalah satu tugas khas untuk membantu orang awam didalam kesusahan seperti membantu orang-orang miskin, dan memberi bantuan. Beliau turut memberi nasihat kepada generasi muda yang akan datang sekiranya ingin menyertai sebahagian daripada anggota tent era tunjang utama yang perlu ada adalah minat dan keduanya adalah kerajinan.

Metadata

Item Type: Oral History
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zulkifli, Mohammad lzzat
2016652356
Wan Zain, Wan Nabilah
2016652368
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Interviewee
Tukirin, Ishak
UNSPECIFIED
Advisor
Ahmad, Azree
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences
D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Askar melayu, Somalia, ATM (Angkatan Tentera Malaysia), Sejarah Lisan (Oral History), Operasi Somalia, Operasi Gubir, Operasi Gerik, PBB (Persatuan Bangsa Bersatu)
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130348
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 130348.pdf] Text
130348.pdf

Download (5MB)

ID Number

130348

Indexing

Statistic

Statistic details