Abstract
Transkrip ini mengandungi temubual kami bersama Omar Bin Md Hashim (Omara) mengenai biografinya, boria dan juga sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang 2016. Transkrip ini juga mempunyai maklumat mengenai latar belakang beliau, sejarah pendidikan awal, sejarah pekerjaan awal, sejarah pelantikan Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang 2016 dan juga serba sedikit mengenai boria. Omar Bin Md Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Omara. Beliau berasal dari Pulau Pinang dan merupakan seorang penggiat kesenian, kebudayaan, warisan dan sastera terutama boria. Omara mula terlibat dengan boria sejak tahun 1964 ketika berumur 1 o tahun. Boria dengan diri beliau tidak dapat dipisahkan umpama "irama dan lagu". Beliau juga aktif dalam penulisan terutama menulis rangkap karangan boria. Selain itu, Omara merupakan seorang pelakon sketsa boria dan drama radio, penulis skrip teater, drama radio dan tv. Beliau juga pengadil boria, nyanyian dan puisi serta sebagai penerbit buku, majalah dan album rakaman. Omara juga seorang penulis biog dan mengurus sendiri biog beliau iaitu Warisan Boria, Warisan Ghazal Parti, Di Sepanjang Riwayatku, Galapagos, Omara Norizeight Ventures dan lain-lain lagi. Tambahan pula, beliau juga menguruskan persembahan boria, ghazal parti, kesenian, kebudayaan dan persembahan artis. Omara telah menerima anugerah Tokoh Seni Budaya (Boria) Politeknik Seberang Perai 2014, Tokoh Seni Budaya (Boria) Karyawan Pulau Pinang 2014 dan Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang 2016 oleh Jabatan Kebangsaan Keseniaan Negara (JKKN).
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Nik Nurul Azyani 2015165167 Rosli, Nor Farhah Shahiera 2015283042 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Md. Hashim, Omar UNSPECIFIED Advisor Ahmad, Azree UNSPECIFIED |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history M Music and Books on Music > ML Literature of music > Musical theater |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Omara, Tokoh Seni Budaya, Boria, Pulau Pinang |
| Date: | 2017 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130342 |
