Transkrip temubual bersama Encik Hashim bin Shuib mengenai sejarah Kusta di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh

Rajab, Siti Nur Zahrah and Ramli, Noorshafiera (2018) Transkrip temubual bersama Encik Hashim bin Shuib mengenai sejarah Kusta di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temubual bersama Encik Hashim bin Shuib mengenai sejarah kusta di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Sungai Buloh. Transkrip temubual ini dijalankan selama hampir 2 jam, dan mempunyai 2 sesi. la dijalankan di Pusat Kawalan Kusta Kegara (PKKN), Sungai Buloh iaitu di tempat beliau bekerja unit anggota tiruan. Pada sesi pertama, temubual telah dijalankan pada 13 Oktober 2017 bermula pada jam 11 pagi sehingga jam 1 tengahari. Manakala sesi kedua pula telah dijalankan pada 10 November 2017 pada jam 11 pagi hingga 12.30 tengahari. Encik Hashim adalah seorang Juruteknik Prostetik & Ortotik di PKKN/Hospital Sungai Buloh. Selain itu, Encik Hashim juga adalah seorang yang sangat meminati tentang sejarah kusta. Transkrip ini menceritakan tentang sejarah asal usul penyakit kusta serta rawatan penyakit kusta dan sejarah Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di Sungai Buloh. Tambahan lagi, transkrip ini turut menyentuh serba sedikit tentang latar belakang beliau, pengalaman beliau sepanjang bekerja di PKKN.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130326.pdf]
Text
130326.pdf
Download (6MB)
Indexing & Metrics