PUBG Mobile SUPRO 2025: pertempuran di Perpustakaan Tun Abdul Razak

Ismail, Ahmad Azmil Reza PUBG Mobile SUPRO 2025: pertempuran di Perpustakaan Tun Abdul Razak. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menjadi tuan rumah Pertandingan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM) sempena Sukan Antara Program (SUPRO) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar pada 14 dan 15 Jun 2025. Pertandingan (PUBGM) telah menjadikan acara utama yang menghimpunkan pelajar dari pelbagai program pengajian untuk bersaing secara sihat dalam arena e-sukan. Kategori lelaki berlangsung pada 14 Jun manakala kategori perempuan diadakan pada 15 Jun, masing-masing bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada pelajar pelbagai fakulti dan berjaya mencetuskan suasana yang penuh semangat dan harmoni. SUPRO bukan sahaja menjadi wadah hiburan digital, malah berperanan sebgai platform membina sahsiah, disiplin dan nilai kesukanan dalam kalangan warga kampus. Semangat berpasukan strategi dan komunikasi yang ditonjolkan oleh para peserta membuktikan bahawa e-sukan mampu menyumbang kepada pembangunan holistik pelajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130223.pdf]
Text
130223.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics