“Tanah airku merdeka”

Rosmani, Arifah Fasha (2025) “Tanah airku merdeka”. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Bendera berkibar megah di langit tinggi,
Merah putih biru kuning lambang harmoni,
Simbol perjuangan dan harga diri,
Tanda merdeka yang kita warisi.

31 Ogos 1957,
Detik keramat dalam lipatan zaman,
Teriakan merdeka dari dada pejuang,
Gema kebebasan menggoncang sempadan.

Tatkala Tunku mengangkat tangan,
“Laungan Merdeka!” tujuh kali dilaungkan,
Air mata rakyat jatuh berderai,
Bahagia menyapa, penjajahan usai.

Tanah airku kini bebas merdeka,
Tiada lagi jajahan yang menindas jiwa,
Darah dan keringat mengalir bersama,
Untuk sebuah negara yang mulia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130115.pdf]
Text
130115.pdf
Download (656kB)
Indexing & Metrics