Bunga raya, bukan bunga biasa

Ismail, Fathiyah and Harun, Nur Syikri (2024) Bunga raya, bukan bunga biasa. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Dalam banyak-banyak topik, saya terpanggil untuk berkongsi tentang bunga raya. Sebut sahaja bunga raya, kita pasti dapat mengaitkannya dengan bunga kebangsaan negara kita, Malaysia. Berdasarkan pembacaan yaang telah dibuat, bunga raya yang turut dikenali dengan nama bunga sepatu, kembang sepatu, kembang uribang, dan kembang warawiri (ataii nama saintifiknya Hibiscus Rosa-sinensis) adalah satu spesies tumbuhan berbunga tropika dari jenis Hibiscus dalam keluarga Malvaceae. Bunga raya dikatakan berasal dari Afrika, Asia, Kepulauan Pasifik, Mauritius, Madagascar, Fiji, Hawaii, dan India atau China. Kebanyakan bunga raya kacukan yang dihasilkan adalah daripada lapan jenis ‘nenek moyang’nya dan sering ditanam sebagai tanaman hiasan di kawasan tropika dan subtropika. Ia memerlukan persekitaran yang panas serta lembap dan boleh ditanam di dalam pasu atau di atas tanah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 129905.pdf]
Text
129905.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics