Zakat : membawa impian ke realiti

Ngah, Nazlin Emieza and Yahaya, Salimah and Awang, Azarudin and Musfiroh, Mila Fursiana Salma and Bashori, Akmal (2024) Zakat : membawa impian ke realiti. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Zakat, salah satu pilar penting dalam agama Islam, ia memainkan peranan yang besar dalam membantu golongan yang memerlukan. Salah satu bidang di mana zakat memberi impak yang signifikan adalah dalam pendidikan tinggi, terutamanya dalam meningkatkan prestasi pelajar universiti. Pelajar universiti adalah di antara golongan asnaf fisabilillah. Terdapat beberapa kajian yang memberi tumpuan kepada asnaf fisabilillah. Contohnya, kajian yang dilakukan oleh Hamzah et.al., (2021) menemui tiga aktiviti utama penggunaan wang zakat oleh asnaf fisabilillah iaitu untuk perbelanjaan makanan dan minuman, keperluan harian, serta membantu keluarga. Dalam artikel ini, kita akan meneroka bagaimana bantuan zakat menjadi faktor penting dalam menyokong pencapaian akademik pelajar universiti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 129900.pdf]
Text
129900.pdf
Download (421kB)
Indexing & Metrics