Pendekatan ekonomi Islam dalam RMK13 memacu sinergi pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rohani

Mansor, Nuruul Hidayah (2025) Pendekatan ekonomi Islam dalam RMK13 memacu sinergi pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rohani. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menzahirkan komitmen pembangunan negara yang mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam kerangka ekonomi nasional melalui pendekatan Ekonomi MADANI yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, keadilan sosial dan nilai kerohanian. Berteraskan Maqasid Syariah, RMK13 menumpukan tadbir urus berintegriti, pengagihan kekayaan yang adil serta kesejahteraan rakyat tanpa meminggirkan aspek insaniah. Konsep ummatan wasatan dijadikan neraca pembangunan bagi memastikan kesederhanaan dan keadilan dalam dasar ekonomi, di samping menolak ketidaksaksamaan yang boleh meruntuhkan negara. Selari dengan keperluan semasa, RMK13 turut menekankan transformasi digital dan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh daya saing dan kemampanan ekonomi Islam negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 129649.pdf]
Text
129649.pdf
Download (783kB)
Indexing & Metrics