Aku, dia & nicu siri 6

Azlan, Nik Noor Afizah and Mat, Mazlan (2023) Aku, dia & nicu siri 6. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Tanpa berlengah, aku dan suamiku terus ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) manakala abah dan mama tolong selesaikan urusan di Hospital Pakar Perdana. Sesampai kami di HUSM, terus aku dimasukkan ke salah satu bilik di _ wad bersalin. Bilik persediaan mungkin. Semuanya telah tersedia, doktor dan jururawat bertugas terus membuat pemeriksaan terhadapku dan menjalankan beberapa prosedur. Keadaannya sangat pantas, masing-masing menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sangat efisien. Aku hanya mampu berserah dan pasrah. Doktor yang bertugas ketika itu menjelaskan kepadaku keadaan aku dan bayi dalam kandungan yang sangat berisiko tinggi. Beliau juga ' memaklumkan bahawa pembedahan kecemasan perlu dilaksanakan demi menyelamatkan kami berdua. Aku mengangguk tanda faham. Doktor tersebut terus menghubungi seseorang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 129527.pdf]
Text
129527.pdf
Download (837kB)
Indexing & Metrics