Benarkah belanjawan 2023 bersifat anti-kaya?

Yusof Ali, Noorhayati (2023) Benarkah belanjawan 2023 bersifat anti-kaya? Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Belanjawan 2023 yang dibentangkan semula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 24 Februari, 2023 dirumuskan sebagai Belanjawan Madani yang menumpukan kepada 12 ikhtiar utama. Belanjawan tahun ini memperuntukkan 388.1 billion ringgit dengan agihan sebanyak 289.1 bilion ringgit untuk perbelanjaan pengurusan manakala 99 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. Dengan tema Membangun Malaysia MADANI, belanjawan ini mendepani cabaran yang begitu hebat kerana terpaksa mewarisi hutang dan liabiliti sebanyak RM1.5 trillion, bersamaan 81% KDNK. Di samping itu 46 billion ringgit diperuntukkan untuk bayaran khidmat hutang yang mencecah 16 peratus daripada hasil kerajaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 129445.pdf]
Text
129445.pdf
Download (513kB)
Indexing & Metrics