Karnival jualan KARiSTA 2022

Mohamad Yusof, Hani Sakina and Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati (2022) Karnival jualan KARiSTA 2022. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Karnival Sukan Staf (KARiSTA) 2022 edisi kali ini telah berlangsung pada 24 hingga 30 Ogos 2022 (Rabu-Selasa) yang lalu dan telah menyaksikan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) sebagai tuan rumah acara. Seramai 1,200 atlet dan pegawai daripada 14 cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berkumpul di negeri persisir pantai ini. Bagi memeriahkan lagi acara sukan tersebut, Karnival Jualan KARiSTA turut diadakan di perkarangan Stadium Gemilang dan berhampiran Kolej Tenggol. Karnival jualan ini diadakan dengan kerjasama di antara MASMED UiTMCT dan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad. Kerjasama kali pertama ini telah dapat dilaksanakan dengan baik hasil perancangan yang teratur. MASMED telah diberikan tanggungjawab untuk mengumpul para peniaga dan seterusnya menyediakan keperluan produk serta perkhidmatan yang bersesuaian sepanjang karnival berlangsung. Kami juga mengambil kesempatan membuka booth atau gerai jualan di karnival tersebut.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 129270.pdf]
Text
129270.pdf
Download (524kB)
Indexing & Metrics