Menyelusuri sungai Kelantan ke Pulau Suri

Md Nor, Nor Haryanti and Mohd Aznan, Nadia Farleena and Nik Muhammad Naziman, Yusrina Hayati and Baharuddin, Nurul Syuhada (2022) Menyelusuri sungai Kelantan ke Pulau Suri. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Pulau Suri merupakan eco pelancongan yang sedang hangat dipromosikan oleh pihak berwajib. la merupakan pasar terapung yang pertama di Malaysia dan terletak di Tumpat, Kelantan. Pasar ini berkonsepkan jualan makanan dan minuman dalam deretan bot-bot kecil yang diletakkan di tepi-tepi sungai. Justeru itu, pasar ini lebih dikenali sebagai pasar terapung atau floating market oleh masyarakat setempat. la telah beroperasi sejak tahun 2016 lagi. Pasar Pulau Suri dibuka kepada orang ramai pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 3.00 petang. Kebelakangan ini, kesungguhan pihak berwajib mempromosikan pasar unik ini sebagai salah satu destinasi pelancongan negeri Kelantan yang wajar diketengahkan. Kami berkesempatan melihat sendiri kemeriahan pasar tani di Pulau Suri yang sangat unik pada pandangan kami kerana jalan perhubungan ke Pasar Tani Pulau Suri hanyalah dengan menggunakan jalan air iaitu menggunakan bot ataupun sampan yang berenjin. lanya sangat menarik dan merupakan pengalaman yang berharga. Memandangkan Pasar Tani Pulau Suri hanya beroperasi pada setiap hari Sabtu, maka pengunjung boleh memilih untuk menggunakan jeti dari Kuala Besar yang mengambil masa sekitar 1 5 minit atau dari jeti Kok Majid yang mengambil masa hampir 40 minit.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 129096.pdf]
Text
129096.pdf
Download (563kB)
Indexing & Metrics