Program konsolidasi patriotisme ekonomi bumiputera bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM)

Abu Bakar, Nur Ain (2017) Program konsolidasi patriotisme ekonomi bumiputera bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM). Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Program yang telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik selaku Pengerusi GABEM, merupakan salah satu inisiatif di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Kementerian Pengajian Tinggi yang bertujuan untuk menggalakkan para graduan menceburi bidang keusahawanan selepas bergraduasi sejajar dengan matlamat nasional untuk melahirkan negara yang berdaya saing serta berpendapatan tinggi menjelang Wawasan 2020. Antara intipati program ini termasuklah ceramah dan sesi dialog berkisarkan mengenai kefahaman dan kesedaran kepada peserta-peserta mengenai kepentingan perjuangan ekonomi Bumiputera serta maklumat mengenai kemudahan dana perniagaan yang boleh diceburi oleh usahawan-usahawan bumiputera.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128994.pdf]
Text
128994.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics