Masyarakat etnik Melayu Rawa

Hamzah, Siti Fatimah Mardiah and Abdul Manaf, Suhaily Maizan and Ismail, Fathiyah and Affandi, Salwani and Mohamad Azmin, Nur Azwani and Azlan, Nik Noor Afizah and Abdullah, Sholehah (2022) Masyarakat etnik Melayu Rawa. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Pantun dialek Rao diatas menceritakan kekuasaaan Masyarakat Rao suatu ketika dahulu di tanah Sumatera Barat. Masyarakat Rao berasal dari sebuah daerah kecil Rao, Mapat Tunggul, Daerah Pasaman, Sumatera Barat, Indonesia. Daerah kecil Rao merupakan wilayah rantau minang dan menjadi sebahagian dari kerajaan Pagaruyung sejak abad ke-16. Namun di Malaysia, etnik Rao lebih dikenali dengan panggilan Rawa. Penggunaan istilah Rawa di Malaysia dipercayai bermula daripada Haji Abdullah Noordin al-Rawi yang mengasaskan syarikat percetakan dan penerbitan Persama Press pada tahun 1921 di Lebuh Aceh, Pulau Pinang. Perkataan "ar-Rawi" digunakan dibelakang nama bagi menunjukkan asal-usul seseorang, mengikut kepada cara orang Arab yang meletakkan nama tempat dimana berasalnya seseorang itu di hujung nama mereka. Perkataan "ar-Rawi" bermaksud dibangsakan kepada "Rao" tetapi lama-kelamaan sebutannya bertukar menjadi "ar-Rawa" merujuk asal daripada daerah "Rao", di Sumatera. Menurut Prof Dr HM Bukhari Lubis (Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan Afriadi Sanusi (Universiti Malaya)

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128875.pdf]
Text
128875.pdf
Download (610kB)
Indexing & Metrics