Jika belum tiba masanya

Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati and Wan Chek, Wan Ahmad Khusairi (2022) Jika belum tiba masanya. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Manusia itu, begitu banyak impian dan harapan
Tersusun di dalam diri pelbagai kehendak dan kemahuan
Namun, semua itu sesungguhnya tertakluk kepada Tuhan

Jika belum tiba masanya...
Apa yang dikehendaki tidak juga diperolehi
Apa yang diinginkan belum muncul jua
Kerana yang merancang itu KITA dan yang menentukannya adalah DIA
KITA dan DIA amat berbeza
Justeru, apa yang dihairankan jika kita belum berhasil

Keinginan belum tentu menghasilkan usaha
Jika sudah berusaha pula, belum tentu datangnya hasil
Kerana masanya belum tiba...
Jenuh difikirkan apa lagi yang tidak kena
Usaha sudah, tawakal sudah
Oh! Rupanya Allah belum izinkan kerana belum tiba masanya

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128859.pdf]
Text
128859.pdf
Download (373kB)
Indexing & Metrics