Ruyung perlu dipecahkan baru dapat sagunya

Mohamed Yusof, Yau’mee Hayati (2022) Ruyung perlu dipecahkan baru dapat sagunya. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Ketika saya melangkah ke UiTM 15 tahun lepas pada 2 Januari 2007, saya tiada idea untuk menjadi pensyarah yang bagaimana. Satu-satunya rujukan saya adalah mantan para pensyarah yang terdahulu yang saya sentiasa hormati dan dekat di hati. Antaranya PM Wan Dorishah Wan Abdul Manan, PM Dr. Hamidah Jantan dan Dr. Norlela Samsudin. Saya sentiasa mengagumi individu yang sentiasa membuatkan saya rasa mudah faham dengan penerangan mereka. Kaedah yang kebanyakan yang mereka tunjukkan amatlah mudah dan sistematik dan membuatkan saya sentiasa teruja untuk kelas mereka dan merasa terlalu amat rugi jika saya tertinggal mana-mana kelas mereka. Bagi yang pernah belajar dalam bidang sains komputer tentulah faham akan kesukaran kebanyakkan subjek yang diajar dalam bidang ini yang memerlukan kebanyakkan pelajar sains komputer menggabungkan ilmu analitikal dan kelogikkan akal dalam proses pemahaman dalam bidang ini. Anugerah Akademik Universiti yang diperolehi pada tahun 2021 dan tercalon sebagai finalis UiTM untuk Akademik Anugerah Akademik Negara 2021 merupakan satu hadiah teristimewa pada ulangtahun ke 15 saya di UiTM. Artikel ini ditulis untuk memberi sedikit petua kepada rakan-rakan yang mungkin ingin mencalonkan diri di dalam apa apa anugerah di universiti. Penafian : Penulis ingin menyatakan perkongsian ini hanyalah sekadar berdasarkan pengalaman peribadi dan semoga ia memberi sedikit gambaran untuk rakan-rakan yang ingin mencuba mencalonkan diri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128854.pdf]
Text
128854.pdf
Download (552kB)
Indexing & Metrics