Isu moral dalam masyarakat Malaysia: seks pra-perkahwinan & pengguguran kandungan

UiTM, MITASA (2025) Isu moral dalam masyarakat Malaysia: seks pra-perkahwinan & pengguguran kandungan. Bulletin. Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), Shah Alam.
Abstract

Isu moral dalam masyarakat Malaysia merupakan tajuk yang amat kompleks, berlapis-lapis dan penuh dengan dilema yang sukar untuk dipisahkan daripada realiti sosial, budaya dan agama yang membentuk identiti negara. Malaysia, sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan agama dengan majoriti penduduknya beragama Islam sejak dahulu lagi telah berpegang teguh kepada nilainilai moral tradisional yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan masyarakat. Nilai-nilai ini menjadi panduan dalam membentuk jati diri, tatasusila dan hubungan sosial yang harmoni. Namun, dalam era globalisasi yang pantas di mana pengaruh budaya asing, media digital dan arus kemodenan setiap lapisan masyarakat, nilai dan norma moral yang selama ini dijunjung tinggi mula menghadapi cabaran besar. Perubahan ini tidak sekadar mencetus pergeseran nilai tetapi juga menimbulkan keresahan dan kebimbangan yang mendalam dalam kalangan masyarakat dan pihak berkuasa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128689.pdf]
Text
128689.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics