Hot seat: penghargaan buat alumni

Badrul Hisyam, Amni Harith (2025) Hot seat: penghargaan buat alumni. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.
Abstract

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melangkah ke hadapan dalam memperkukuh hubungan dengan para alumninya, terutamanya melalui inisiatif istimewa yang dikenali sebagai Alumni Hot Seat. Menurut Puan Hajah Nuriah binti Mohammad Ali, Pengarah Bahagian Pembangunan Strategik dan Sumber Manusia, Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, program ini bertujuan untuk menghargai dan menyantuni alumni daripada pelbagai era, termasuk lepasan Maktab Mara, Dewan Latihan Rida, dan ITM. Alumni Hot Seat adalah satu inisiatif yang diwujudkan khas bagi menyediakan tempat duduk istimewa kepada alumni yang hadir ke majlis konvokesyen untuk meraikan ahli keluarga mereka yang bergraduasi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128540.pdf]
Text
128540.pdf
Download (9MB)
Indexing & Metrics