UiTM pemacu transformasi graduan dari biasa ke luar biasa

Abdullah, Aidil Adha (2025) UiTM pemacu transformasi graduan dari biasa ke luar biasa. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.
Abstract

Istiadat Konvokesyen Ke-102 Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi medan refleksi terhadap perjalanan institusi itu yang kini melahirkan lebih 24,000 graduan saban tahun. Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, penganjuran majlis yang berlangsung serentak di Shah Alam, Sarawak, dan Sabah berjalan lancar hasil kerjasama semua pihak termasuk ProCanselor, staf, dan sukarelawan pelajar. “Alhamdulillah, setakat Sidang Ke-17 ini, perjalanan konvokesyen berjalan licin walaupun cuaca tidak menentu. Pergerakan trafik juga terkawal hasil strategi pengagihan lalu lintas, manakala sukarelawan pelajar terus membantu ibu bapa serta tetamu sepanjang majlis,” katanya. Mengulas pencapaian universiti, beliau berkata UiTM mencatat peningkatan 45 anak tangga dalam QS World University Rankings tahun ini, hasil sumbangan penyelidikan khususnya daripada pelajar pascasiswazah. Selain itu, kadar kebolehpasaran graduan turut membanggakan apabila mencapai 92.1 peratus, dengan ramai graduan sudah bekerja walaupun baru menamatkan pengajian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128538.pdf]
Text
128538.pdf
Download (12MB)
Indexing & Metrics