Graduan alam bina galas amanah sosial dan kelestarian

Suhaini, Zaidatul Insyirah (2025) Graduan alam bina galas amanah sosial dan kelestarian. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.
Abstract

Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tan Sri Dato’ Sri Zarinah Anwar menegaskan bahawa bidang Alam Bina adalah satu bidang yang menghubungkan seni dengan sains, tradisi dengan inovasi, serta manusia dengan alam. Berucap pada Istiadat Konvokesyen ke 102, beliau menambah setiap ruang yang dicipta merupakan refleksi nilai, budaya dan aspirasi masyarakat. “Oleh itu di bahu saudara saudari terpikul tanggungjawab yang amat besar iaitu merancang, membina dan mereka bentuk interaksi manusia, hubungan sosial dan keharmonian dengan alam,” tambah beliau lagi. Pesanan tersebut memberi penekanan bahawa sesungguhnya, kerjaya graduan Alam Bina tidak dapat dipisahkan daripada tanggungjawab sosial dan kelestarian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128536.pdf]
Text
128536.pdf
Download (8MB)
Indexing & Metrics