Taklimat bicara sayangi UiTM

Wee, Roselind and Lau, Ung Hua and Metom, Lilly and Abg Bohari, Dayang Faridah and Johari, Aiza and Abang, Mohammad and Ch'ng, Looi Chin and Yeo Jiin Yih, Jacinta (2015) Taklimat bicara sayangi UiTM. Bulletin. UiTM Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai Private Funding Initiative (PFI) serta mewujudkan suasana kekitaan di kalangan warga-warga universiti. Program tersebut dihadiri oleh para pensyarah dan staf pentadbiran serta dipengerusikan oleh Encik Mohd Noor Asraff Hamdi (Penolong Pendaftar Bahagian Pentadbiran). Rektor UiTM Sarawak telah memulakan ucapan beliau dengan membicarakan tanggungjawab dan peranan staf kepada UiTM serta perihal kecintaan terhadap negara yang perlu ada pada diri setiap staf. Rektor juga menyediakan beberapa lagu bersifat kenegaraan di dalam slaid beliau di mana para staf menyanyikan lagu tersebut dengan penuh bersemangat dan penghayatan. Visi dan misi UiTM ditekankan semasa taklimat beliau, di mana adalah menjadi harapan warga UiTM untuk menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang bertaraf dunia supaya dapat melahirkan graduan yang berdaya saing di dalam alam pekerjaan yang semakin mencabar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128085.pdf]
Text
128085.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics