Perkasa ekonomi biru industri media penyiaran di Malaysia melalui Kecerdasan Buatan (AI)

Jafri, Fakrulnizam (2025) Perkasa ekonomi biru industri media penyiaran di Malaysia melalui Kecerdasan Buatan (AI). Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Industri media penyiaran Malaysia kini menghadapi cabaran akibat pengurangan hasil iklan tradisional, perpindahan penonton ke platform dalam talian, dan persaingan global, namun kebangkitan kecerdasan buatan (AI) membuka peluang untuk penjimatan kos dan aliran pendapatan baharu. Pendekatan Ekonomi Biru menawarkan kerangka strategik untuk transformasi berasaskan inovasi, kecekapan penggunaan sumber, dan penciptaan nilai tanpa perbelanjaan modal tinggi (World Bank & UN-DESA, 2017). Walaupun lazimnya diterapkan dalam sektor kelautan, prinsip ini boleh diaplikasikan dalam penyiaran melalui pendigitalan, pengoptimuman proses, dan model perniagaan berasaskan data. Selaras dengan aspirasi MyDIGITAL, penyelarasan inisiatif penyiaran dengan tadbir urus data, bakat digital, dan infrastruktur membolehkan penerapan AI secara efektif dan kos terkawal (MDEC, 2021).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127904.pdf]
Text
127904.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics