Usahawan sosial peduli ummah

Zamhury, Nurulaini (2024) Usahawan sosial peduli ummah. Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (12). pp. 1-5. ISSN 2682-7824
Abstract

Menurut Prof. Dr. Samsudin A Rahim dalam artikelnya pada tahun 2007 bertajuk Usahawan Sosial mendefinisikan usahawan sosial sebagai individu yang menggunakan prinsip keusahawanan untuk mengatasi masalah sosial. Mereka berusaha untuk membawa perubahan positif dalam masyarakat melalui inisiatif yang inovatif dan mampan dengan tujuan utama untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup golongan yang kurang bernasib baik. Program Pendidikan Anak-Anak Asnaf Komuniti B40 PPR Paya Nahu Sungai Petani menggunakan konsep kemahiran pengurusan projek ini sebagai satu life skill kepada setiap individu untuk kemandirian hidup dan bermanfaat kepada ummah. Objektif utama program ini adalah untuk membangunkan karakter anak-anak asnaf yang berumur antara 8 hingga 12 tahun. Penyertaan dalam program ini melibatkan 20 orang anak asnaf dari komuniti B40. Program ini adalah inisiatif sendiri dan telah membangun modul khusus untuk program ini, menggunakan pendekatan pengurusan projek sebagai Khalifah Allah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127769.pdf]
Text
127769.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics