Bukit Harimau Menangis tarikan pendakian di Kemaman

Omar Ali, Siti Rapidah and Mohd Zin, Mazratul Firdaus and Jusoh, Zuraini and Mat Rashid, Kartini (2022) Bukit Harimau Menangis tarikan pendakian di Kemaman. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Bukit Harimau Menangis yang mendapat jolokan 'Bukit Pok Long' oleh penduduk setempat terletak di kawasan Kampung Penghulu Stapa, menghubungkan Kampung Semayor dan Ayer Jernih. Jika di daerah Kuala Nerus terkenal dengan Bukit Maras dan di daerah Dungun pula Bukit Bauk menjadi pilihan. Manakala di daerah Kuala Terengganu, Bukit Besar dibanjiri oleh ramai pendaki. Tidak ketinggalan di daerah Kemaman semakin ramai yang mengunjungi Bukit Harimau Menangis. Bukit ini merupakan tumpuan baharu di Kemaman, Terengganu yang semakin popular dalam kalangan penduduk sekitar dan luar terutamanya kaki 'khabat bukit'. Dengan ketinggian 203-meter (666 kaki) dari paras laut, lokasi yang strategik dan mempunyai panorama yang indah di puncak bukit, hampir setiap hari bukit ini dikunjungi oleh pendaki persendirian mahupun pendaki berkumpulan seawal pagi hingga ke petang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127711.pdf]
Text
127711.pdf
Download (417kB)
Indexing & Metrics