Sains Maklumat perangi jenayah siber

Badrul Hisyam, Amni Harith (2025) Sains Maklumat perangi jenayah siber. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.
Abstract

Di era perkembangan pesat teknologi digital ini, dapat dilihat isu-isu jenayah siber yang saban hari berleluasa dan menjadi satu topik perbualan yang hangat. Ia menjadikanya satu isu yang harus dipandang serius. Itulah yang dititikberatkan oleh Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat, Amir Braim Rizal Braim, yang berkongsi kisahnya di dalam pengajian Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan bagaimana minatnya terhadap dunia siber sejak dari kecil, membawa kepada kerjayanya sebagai Fraud Analyst hari ini. Beliau yang menerima anugerah Ijazah sempena Majlis Konvokesyen UiTM ke-102 meluahkan rasa syukur atas pencapaiannya itu. Meskipun pada awalnya beliau tidak pernah menyangka untuk menceburi bidang sains maklumat, minatnya terhadap komputer sejak kecil, termasuk belajar HTML dan coding seawal usia, menjadi landasan utama.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127693.pdf]
Text
127693.pdf
Download (8MB)
Indexing & Metrics