Pematuhan pusat tanggungjawab (PTJ) akademik dalam memenuhi keperluan sumber fizikal dan teknologi berdasarkan instrumen swaakreditasi

UiTM, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) (2023) Pematuhan pusat tanggungjawab (PTJ) akademik dalam memenuhi keperluan sumber fizikal dan teknologi berdasarkan instrumen swaakreditasi. Bulletin. Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Shah Alam.
Abstract

Audit Penilaian Luar (ER) UiTM telah dijalankan merujuk kepada Guide on Compliance Evaluation for Self-Accreditation Universities (GCESAU) 2020. Skop kajian di dalam kertas kerja ini berkisar kepada Bidang 3 dari instrumen swaakreditasi iaitu Bakat dan Sumber. Daripada enam belas (16) subdomain yang terdapat dalam Bidang 3, subdomain 3.3.2 mencatatkan nilai min terendah iaitu 3.08. Ini menjadikan subdomain 3.3.2 sebagai topik tumpuan di bawah kajian. Hasil dapatan dari Audit ER telah dianalisis dan dikaji untuk melihat tahap keakuran pusat tanggungjawab (PTJ) dalam pengoperasian hal ehwal akademik. Model kerangka yang yang digunapakai melibatkan penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dan penilaian hasil. Hasil kajian ini bertujuan memastikan PTJ dengan program akademik dapat meningkatkan piawaian subdomain 3.3.2 pada kitaran Audit ER akan datang. Dengan tujuan ini, PTJ dengan skor 5 (rubrik penilaian) dijadikan sampel rujukan bagi amalan terbaik. Manakala, PTJ dengan skor 3 dan kurang perlu merujuk PTJ dengan skor 5 bagi memastikan PTJ mereka dapat mengkaji dan menambah baik sumber dan kemudahan fizikal, perpustakaan, peralatan dan teknologi maklumat dan komunikasi yang dinyatakan dan dijadualkan mengikut keperluan pendidikan dan institusi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127680.pdf]
Text
127680.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics