Penyertaan kumpulan ILHAM dalam ujibakat bersasar Innovathon Musim Ke-3

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi (2025) Penyertaan kumpulan ILHAM dalam ujibakat bersasar Innovathon Musim Ke-3. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Penyertaan dan pembangunan inovasi ini berlandaskan beberapa objektif utama yang saling berkaitan. Matlamat utamanya adalah untuk mencipta satu alat bantuan teknologi yang mesra pengguna bagi memudahkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan mendapatkan akses kepada maklumat di perpustakaan. Inisiatif ini secara langsung menyokong agenda pendidikan inklusif dengan memastikan penyediaan kemudahan yang saksama kepada semua lapisan pengguna tanpa mengira keupayaan. Selain itu, projek ini juga bermatlamat untuk menonjolkan keprihatinan dan kesungguhan Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) dalam menghasilkan inovasi perpustakaan yang responsif terhadap keperluan semasa komuniti kampus dan masyarakat luas.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127633.pdf]
Text
127633.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics