Sesi Libat Urus Perkhidmatan bersama Program Pengajian UiTMCT

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi (2025) Sesi Libat Urus Perkhidmatan bersama Program Pengajian UiTMCT. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pensyarah dari Fakulti Perakaunan, yang diadakan melalui patform dalam talian iaitu Google Meet pada 12 Jun 2025, Khamis yang lalu. Seramai 26 orang pensyarah telah menyertai sesi yang diketuai oleh Dr. Siti Nurhazwani Kamarudin, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan. Sesi libat urus ini telah dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Ketua Unit Perkhidmatan Perpustakaan. Pengisian penting yang telah disampaikan dalam sesi ini ialah penerangan berkaitan perkhidmatan terkini yang ditawarkan di perpustakaan, statistik penglibatan fakulti bagi perkhidmatan perpustakaan pada tahun sebelum, mendapatkan maklumbalas berkaitan bagi menyokong kecemerlangan pembelajaran, pengajaran, penulisan, dan penyelidikan universiti. Selain pembentangan, sesi ini juga memberi peluang kepada pihak pensyarah terlibat untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan komen berkenaan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan untuk penambahbaikan bersama.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127626.pdf]
Text
127626.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics