Membaca untuk minda: merungkai kejayaan Minggu Biblioterapi di UiTM Cawangan Kedah

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi (2025) Membaca untuk minda: merungkai kejayaan Minggu Biblioterapi di UiTM Cawangan Kedah. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Konsep biblioterapi, atau terapi melalui buku, merupakan teras utama program ini. Ia bertitik tolak daripada kepercayaan bahawa bahan bacaan mampu menjadi cermin yang merefleksikan pengalaman manusia, menawarkan perspektif baharu, dan memberikan kelegaan emosi. Matlamat penganjur adalah jelas: untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan penting pembacaan dalam pengurusan Kesihatan mental, menggalakkan amalan membaca sebagai satu bentuk terapi kendiri yang mudah diakses, dan membina sebuah komuniti yang terbuka untuk berbincang mengenai kesejahteraan. Kejayaan menarik lebih seribu peserta dalam tempoh empat hari membuktikan bahawa pendekatan ini amat relevan dan kena pada masanya, selari dengan peningkatan kesedaran global mengenai kepentingan menjaga kesihatan minda.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127567.pdf]
Text
127567.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics