Bicara ilmu: hijrah menuju ketakwaan

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi (2025) Bicara ilmu: hijrah menuju ketakwaan. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Program Bicara Ilmu: Hijrah Menuju Ketakwaan anjuran Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berlangsung dengan jayanya secara siaran langsung di platform Facebook. Program ini menampilkan penceramah jemputan, Ustaz Mohd Fahimi Zakaria dari Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam, yang menyampaikan perkongsian penuh inspirasi bersempena sambutan Awal Muharam 1447H. Dalam slot bicara tersebut, Ustaz Fahimi menekankan kepentingan hijrah sebagai satu bentuk perubahan diri ke arah kehidupan yang lebih bertakwa kepada Allah SWT. Beliau turut mengupas nilai spiritual yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian, selain menyeru warga kampus agar menjadikan penghijrahan sebagai satu titik mula memperbaiki hubungan dengan Pencipta dan sesama insan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127371.pdf]
Text
127371.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics