Faktor-faktor yang mempengaruhi kecelaruan gender di kalangan pelajar lelaki lembut di UiTM Johor

Abdullah, Sidek and Yahya, Khadijah and Yusoff, Hasdi (2005) Faktor-faktor yang mempengaruhi kecelaruan gender di kalangan pelajar lelaki lembut di UiTM Johor. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini meneliti faktor-faktor yang menyebabkan sesetengah lelaki berperwatakan lembut dan lebih terserlah sifat keperempuanannya. Antara faktor yang diketengahkan termasuklah faktor diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, sosialisasi, dan persekitaran. Bagi tujuan tersebut, beberapa teknik kajian digunakan seperti temu bual bersemuka, perbualan tidak langsung, dokumentasi, dan pemerhatian. Penyelidik telah mengatur beberapa program bersama subjek bagi mendapatkan maklumat, termasuk aktiviti bermain boling, program inap desa (homestay) selama dua hari di sebuah pusat motivasi di Segamat, majlis minum teh, lawatan ke bilik penginapan kolej, pemerhatian dalam kumpulan bina insan, pertemuan dengan rakan sebilik yang berlainan perwatakan, serta pertemuan dengan keluarga subjek. Kajian ini mempunyai kepentingan tersendiri dalam konteks mencari punca dan penyelesaian bagi menangani masalah kecelaruan gender di UiTM khususnya daripada terus berleluasa. Diharapkan kajian berbentuk penglibatan bersama ini memberi manfaat dalam usaha mengenali keperibadian subjek di samping mendatangkan kebaikan kepada responden, agar mereka mempunyai hala tuju yang jelas apabila menamatkan pengajian kelak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127354.pdf]
Text
127354.pdf
Download (589kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics