Konvokesyen akhir KIK pelajar peringkat UiTM 2008/2009

Mohd Zawawi, Mohd Zafian (2009) Konvokesyen akhir KIK pelajar peringkat UiTM 2008/2009. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Konvensyen Akhir KIK Pelajar Peringkat UiTM yang bertemakan "Kreatif, Inovatif Universiti Aktif" telah dijalankan bertempat di Dewan Seminar Melati Perak, Kolej Melati UiTM Malaysia, la merupakan konvensyen yang ke-2 selepas konvensyen Pertama juga dijalankan di Shah Alam pada 2007. Dipetik daripada ucapan Yang Berbahagia Datuk Seri Professor Dr. Ibrahim Abu Shah, Konvensyen Akhir KIK pelajar ini sejajar dengan matlamat universiti untuk bersama-sama dengan agensi lain melibatkan diri secara aktif di dalam era globalisasi yang tanpa batasan ini. Tambahan pula ianya diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan para pelajar yang kelak akan menjadi kumpulan pelapis kecemerlangan dan kegemilangan universiti dan negara secara berterusan. Justeru itu usaha ini juga akan dapat merealisasikan matlamat kerajaan di dalam Rancangan Malaysia ke-9, iaitu ke arah mewujudkan "Pembangunan Modal Insan" yang cemerlang serta seimbang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127110.pdf]
Text
127110.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics