Lawatan inovasi Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (QRiM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

UiTM, InQKA (2023) Lawatan inovasi Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (QRiM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bulletin. Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA).
Abstract

Pada 16 Mac 2023, lawatan inovasi telah diadakan oleh Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (QRiM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), shah alam. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mempelajari amalan terbaik dalam pengurusan kualiti dan inovasi. QRiM telah diwakili oleh pasukan KIK Srikandi UTM yang diketuai oleh Puan Norhila Mohd Zait dan fasilitator Encik Aziz Yaacob. Prof. Madya Ts. Dr. Ing Shahrul Azam Abdullah selaku Pengarah Pengurusan Kualiti Inovasi dan Kecemerlangan Operasi telah menerima kunjungan ini bagi pihak Penolong Naib Canselor InQKA bersama Ts. Dr. Razulaimi Razali. Dr. Nik Azlin Nik Ariffin dibantu oleh Ir. Hj Anuar Hashim telah membuat pembentangan berkaitan pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), UiTM. Keahlian pasukan KIK Srikandi UTM adalah dalam kalangan staf pentadbiran (Setiausaha Pejabat). Pihak InQKA berasa teruja dengan keahlian sebegini. Apa yang diharapkan penglibatan staf pentadbiran UiTM bagi program KIK dapat dimantapkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127022.pdf]
Text
127022.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics