Digital literasi: keselamatan siber (siber buli dan scammer)

UiTM, IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak (2024) Digital literasi: keselamatan siber (siber buli dan scammer). Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak.
Abstract

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman siber seperti siber buli dan scammer, yang sering kali tidak disedari, namun boleh memberikan kesan negatif yang mendalam kepada mangsa. Di samping itu, program ini memberi pengetahuan praktikal kepada peserta mengenai cara untuk melindungi diri daripada ancaman ini, serta langkah-langkah keselamatan siber yang patut diamalkan dalam penggunaan teknologi harian. Antara objektif khusus program ini adalah: 1Memberi pendedahan kepada staf dan pelajar mengenai jenis-jenis ancaman siber. Mengajar teknik pengesanan awal terhadap ancaman siber seperti scammer dan siber buli. Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab keselamatan dalam talian bagi pengguna digital. Mempersiapkan peserta dengan kemahiran asas untuk melindungi maklumat peribadi dan keselamatan identiti mereka dalam dunia siber. Sesi ceramah utama dibawa oleh Encik Kaygarn Tan, penceramah dari DAH Digital, Digital Penang, yang berpengalaman luas dalam memberikan latihan dan ceramah mengenai keselamatan siber. Dalam ceramah tersebut, beberapa topik penting telah dibincangkan: Penipuan dalam talian (scam): Jenis-jenis scam yang sering digunakan untuk memperdaya pengguna internet, cara mengenal pasti penipuan, serta Tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Amalan terbaik keselamatan siber: Langkah-langkah praktikal yang boleh diamalkan oleh semua pengguna untuk melindungi maklumat peribadi mereka, termasuk penggunaan kata laluan yang selamat, pengurusan data peribadi, dan pengenalan teknologi keselamatan terkini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127009.pdf]
Text
127009.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics