Bengkel Speed Reading@Outreach Programs: IM 4 you

UiTM, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2025) Bengkel Speed Reading@Outreach Programs: IM 4 you. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak.
Abstract

Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan Outreach Programs: IM 4 You yang merupakan program kerjasama dengan Perpustakaan Tengku Anis & CelcomDigi Berhad. Program ini juga merupakan program anjuran kelas D1CDIM1105E bagi kod kursus IMD317/314: Outreach Programs of Information Agencies yang berlangsung bermula jam 8:00 pagi – 2:00 petang bertempat di Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan. Bagi slot Perpustakaan Tengku Anis, telah dijalankan sesi perkongsian dan Bengkel Speed Reading yang disampaikan oleh Puan Nordelina Zulkarnain (Pustakawan Kanan) dan dibantu oleh Puan Nor Azrina Hasbullah (Pembantu Pustakawan Kanan). Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran pembacaan pantas dalam kalangan pelajar dan memberi pendedahan awal tentang apakah itu bacaan pantas, membaca efektif dan teknik bacaan pantas.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127008.pdf]
Text
127008.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics