Ulasan buku: Peri Ilmu dan Pandangan Alam

UiTM, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2024) Ulasan buku: Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak.
Abstract

Pada 19 November 2024 (Selasa), Perpustakaan Cendekiawan, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan ulasan buku yang bertajuk Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Perkongsian hebat ini disampaikan oleh Dr. Wan Helmy Shahriman Wan Ahmad, Pensyarah Kanan, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu bermula jam 10.00 pagi – 11.00 pagi dan penyertaan sebanyak 89 orang secara bersemuka dan atas talian. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam merupakan karya Syed Muhammad Naquib al-Attas. Karya ini menerangkan cara seseorang Muslim seharusnya melihat dan berfikir tentang alam dan isinya termasuk dirinya sendiri dengan bertafakkur akan keagunggan Sang Pencipta. Menurut penulisan al-Attas, “Bahasa merupakan alat akal fikri yang sekaligus juga mempengaruhi pemikiran si penggunanya.” ia turut menjelaskan makna sebenar daripada sudut pandangan alam Islam iaitu apa itu kemajuan sejati, apa itu akhlak dan apa itu kebahagiaan sebenar (sa’adah) yang melewati hal-hal keduniaan semata-mata. Selain itu, turut berkongsi mengenai makna PERI iaitu SIFAT dalam diri kita. Ia juga merungkai kecelaruan di tahap ilmu yang melanda pemikiran umat Islam sejagat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127006.pdf]
Text
127006.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics