Lawatan daripada Kolej Vokasional Sepang

UiTM, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2025) Lawatan daripada Kolej Vokasional Sepang. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Perpustakaan Al-Bukhari dengan berbesar hati telah menerima kunjungan seramai 23 orang pelajar Diploma Perakaunan dari Kolej Vokasional Sepang, yang turut diiringi oleh 5 orang guru pengiring. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai operasi dan pengurusan perpustakaan di peringkat universiti. Dalam sesi lawatan ini, para pelajar telah diberi taklimat serta dibawa melawat sekitar perpustakaan untuk melihat sendiri kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Mohd Fadhli bin Samsudin, Pustakawan Kanan, dan En. Ahmad Fadhil bin Mohamad Yusof, Pembantu Pustakawan Kanan. Semoga lawatan ini dapat menyemai minat mendalam terhadap ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar serta membuka ruang kepada pemahaman yang lebih luas tentang peranan perpustakaan dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Inisiatif ini turut menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti, dengan memberi manfaat secara langsung kepada semua pihak yang terlibat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127002.pdf]
Text
127002.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics