Perjalanan seorang seniman veteran: Hafizuddin Fazil

Idris, Muhamad Zaidi and AlHaj, Muhammad Razif and Md Arifin, Noor Arina and Abdullah, Nurulannisa (2025) Perjalanan seorang seniman veteran: Hafizuddin Fazil. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 3 (3): 3. pp. 25-34. ISSN 29763967
Abstract

Temu bual ini telah dilakukan bersama tokoh seniman Hafizuddin bin Fazil, pelakon veteran tanah air yang berumur 63 tahun untuk mengetahui lebih mendalam tentang perjalanan beliau dalam bidang seni tanah air. Hafizuddin Fazil mula bergiat aktif dalam bidang perfileman tanah air pada tahun 1990 sehingga kini. Beliau yang kini masih lagi bergiat aktif dalam bidang seni tanah air banyak memegang watak bapa apabila berlakon dan pernah menjadi pelakon alih sura kartun animasi. Pelbagai pengalaman, ujian dan cabaran yang dihadapi oleh beliau ketika berada dalam industri perfileman. Dengan temubual sebegini, sejarah dan perjalanan yang dilalui oleh Hafizuddin Fazil sebagai penggiat seni dapat dijadikan sumber inspirasi dan semangat kepada semua masyarakat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 126756.pdf]
Text
126756.pdf
Download (214kB)
Indexing & Metrics