Ceritera kerjaya anak seni tanah air biografi Dato’ Sri Eizlan Yusof

Mohd Kamal, Izza Maisara and Kamarulariffin, Kamilia Karmila and Alias, Noor Rahmawati and Mokhtar, Siti Aishah (2025) Ceritera kerjaya anak seni tanah air biografi Dato’ Sri Eizlan Yusof. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 3 (2): 3. pp. 19-27. ISSN 29763967
Abstract

Kajian ini berkaitan seorang tokoh seni lakonan tanah air yang menjadi sebutan ramai bermula sekitar tahun 1990-an sehingga kini. Dato’ Sri Eidzlan Yusof merupakan artis veteran yang bermula dengan bidang peragaan, seterusnya mencipta nama dalam bidang lakonan sebagai pelakon, penerbit dan pengarah drama dan filem di Malaysia. Beliau bukan sahaja mencipta nama dalam arena seni tanah air, bahkan telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian sejarah lisan bagi pengumpulan data primer secara langsung daripada tokoh di samping kajian literatur melibatkan bahan-bahan informasi sekunder bagi melengkapkan hasil kajian. Objektif utama kajian ini adalah bagi meneliti tiga isu utama iaitu mengetahui latar belakang peribadi tokoh, mengkaji penglibatan tokoh dalam dunia seni tanah air dan seterusnya mengenal pasti pencapaian dan cabaran yang dihadapi oleh tokoh dalam bidang seni. Hasil kajian dapat menambahkan sumber rujukan para penyelidik kepada bahan informasi berkenaan pengalaman dan sumbangan serta aktiviti seni artis veteran tanah air.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 126751.pdf]
Text
126751.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics